Tinta Linguistik

Tinta Linguistik

Khamis, 24 Disember 2009

Morfologi dan Sintaksis dalam Tatabahasa Dewan - Bahagian 1

Dalam Huraian Sukatan Pelajaran bahasa Melayu, Tatabahawa Dewan dijadikan pegangan bagi guru-guru dalam P&P Bahasa Melayu . Meskipun begitu, sebagai seorang yang belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang bahasa Melayu, Tatabahasa Dewan menjadi bahan pertama saya untuk cuba memperlengkapkan pengetahuan sintaksis dan morfologi bahasa Melayu.
Tatabahasa Dewan menjadi pegangan asas. Apabila saya membaca buku ini, saya begitu terharu dan bangga bahawa bahasa Melayu ini memiliki keistimewaannya tersendiri. Saya menjadi bertambah semangat dan bangga terhadap bahasa Melayu. Walaupun pada masa ini bahasa Melayu ibarat melukut di tepi gantang di buminya sendiri.
Justeru, dalam mendalami morfologi dan sintaksis ini, ingin saya kemukakan persoalan-persoalan yang timbul ketika membaca buku tersebut. Setiap persoalan tersebut saya kemukakan halamannya seperti yang tercatat dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga
Halaman xlv
1. Dua contoh pendirian preskriptif dalam buku ini ialah struktur pasif dan pengimbuhan perkataan pinjaman. Berkenaan struktur pasif, walaupun terdapat ramai penutur yang menggunakan bentuk pasif di-, bagi orang pertama dan kedua, kami berpendirian bahawa bentuk di- hendaklah digunakan hanya bagi orang ketiga dan ayat-ayat berikut tidak harus digalakkan :
a) *Buku itu dibaca oleh saya.
b) *Buku itu dibaca oleh kami.
2. Sebaliknya, hendaklah digalakkan dan diterima hanya struktur yang berikut :
c) Buku itu saya baca
d) Buku itu kamu baca.
e) Buku itu dibaca oleh Ali.
f) Buku itu dibaca olehnya.
Bagaimana struktur pembentukan struktur tersebut?
Bentuk Fleksi (halaman 46 & 47)
1. Bentuk fleksi ialah imbuhan yang ditambahkan pada kata dasar untuk menentukan atau melahirkan sesuatu makna sesuatu nahu.
2. Dalam bahasa Inggeris, misalnya perkataan tunggal boleh dijamakkan dengan menambah imbuhan fleksi pada akhir perkataan, misalnya boy-boys ‘budak lelaki’, book-books ‘buku’.
3. Imbuhan fleksi juga ditambahkan pada kata kerja untuk menunjukkan kala atau kasus. Contohnya, wait-waited ‘menunggu’ dan laug-laughed ‘ketawa’ untuk menunjukkan aspek kala (kala kini-kala lampau), dan I, me, dan mine (bentuk kata ganti nama orang pertama) untuk menunjukkan kasus (kasus nominatif – kasus akusatif – kasus genetif). Gejala fleksi tidak wujud dalam kebanyakan bahasa Austronesia, termasuk bahasa Melayu. Betul ke? Mengapa tidak wujud fleksi tersebut dalam bahasa Melayu? Bukti perlu untuk kita menyatakan bahawa fleksi dalam bahasa Melayu memang tidak wujud? Atau bentuk fleksi ada dalam bahasa Melayu tetapi cara yang berlainan.
Halaman 47
3. Jenis kedua ialah kata tugas, iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahu. Sebagai contoh, bentuk condong dalam contoh-contoh yang berikut ialah kata tugas :
i. The boy
ii. Very clever
iii. A baby
iv. Di mana?
v. Untuk siapa?
vi. Ke Johor
4. Kata akronim tergolong juga dalam kata tunggal. Kata akronim ialah perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan dapat berdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu, seperti contoh yang berikut :
MARA – Majlis Amanah Rakyat
Pawagam – panggung wayang gambar
NATO – North AtlanticTreaty Organization
Motel – motor hotel
5. Persoalannya, apakah perbezaan kata tunggal dan kata akar? Bagaimana hendak membezakan di antara kata akar dan kata tunggal?

Bentuk Kata Majmuk (halaman 72)

1. Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Misalnya, kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak disisipkan unsir lain seperti ‘yang’. Sebaliknya pinggang mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung ‘dan’.
2. Dalam bahasa Melayu, bentuk kata majmuk seperti ini besar jumlahnya. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok, seperti yang berikut :

i. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Contohnya :

gambar rajah alat tulis
biru laut bandar raya
air hujan tengah hari
jalan raya jam tangan
nasi minyak meja tulis
terima kasih bom tangan

Halaman 73
luar biasa kapal terbang
merah muda kuning langsat

Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran, contohnya:
Perdana Menteri Ketua Menteri
Duta Besar Naib Canselor
Raja Muda Profesor Madya
Setiausaha Politik Timbalan Ketua Pustakawan
Penolong Pendaftar Ketua Setiausaha Negara

ii. Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus, contohnya:
model linear hak milik
garis pusat mata pelajaran
telefon dail terus pita suara
lesung sendi darah panas
kanta tangan kertas kerja
segi tiga batu kapur
cari gali atur cara
reka bentuk kemas kini
lut sinar urus setia

iii. Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya:
kaki ayam anak emas
buah hati bulan madu
duit kopi manis mulut
makan angin tumbuk rusuk
pilih kasih berat tangan

Halaman 75

1. Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap, penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya :

pesuruhjaya-pesuruhjaya
warganegara-warganegara
tandatangan-tandatangan
setiausaha-setiausaha

Persoalannya, apakah kriteria dalam kata majmuk ini tidak akan menimbulkan masalah jika dikaitkan dengan ketaksaan. Walaupun, dalam kata majmuk jelas telah membahagikan kata majmuk kepada tiga cara, namun tidak semestinya kata majmuk itu boleh bermaksud istilah khusus.

Bagaimana kekecualian berlaku untuk penggandaan bentuk yang mantap?






Kata Nama Terbitan (halaman 107)

1. Lima jenis kata dasar yang menerima imbuhan pula ialah :

a) Akar, bentuk morfem terikat yang bukan imbuhan.
tapa pertapaan
tawa ketawa
mudi kemudi

Apakah maksud akar ini sama dengan kata akar dalam Asmah Hj. Omar : Nahu Melayu Mutakhir ?

Halaman 110
1. peN- menjadi pen-apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z dan perkataan-perkataan pinjaman yang kata dasarnya bermula dengan huruf t dan s. Contohnya:
dapat - pendapat
datang - pendatang
curi - pencuri
cukur - pencukur
jaja - penjaja
jodoh - penjodoh
syarah - pensyarah
ziarah - penziarah

2. Contoh perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf pertamanya untuk mempertahankan etimologi kata asalnya ialah :
tadbir - pentadbir
terjemah - penterjemah
tafsir - pentafsir
tauliah - pentauliah
stabil - penstabil
sintesis - pensintesis
swasta - penswasta

Terdapat satu kekecualian pada peraturan ini, iaitu pada bentuk kata dasar ternak yang bukan kata pinjaman tetapi menerima awalan pen- membentuk kata penternak.

Mengapa wujud kekecualian ini?

Halaman 112
1. peN- bervariasi dengan pel apabila bergabung dengan kata dasar ajar untuk menandakan makna orang yang menerima kerja mengajar atau orang yang melakukan kerja belajar
ajar - pelajar
Kenapa wujud variasi ini? Mengapa tidak diwujudkan satu lagi aspek imbuhan pel dan bukannya variasi.

Kata nama majmuk (halaman 133)

1. Kata nama majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu.
2. Kata nama majmuk dalam bahasa Melayu besar jumlahnya.
3. Kata nama majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang berikut :

i. Kata nama majmuk yang terdiri daripada rangkai bebas. Contohnya:
guru besar rukun tetangga
tengah hari kertas kerja
tepian gelenggang urus setia
balai raya atur cara

Dalam kategori ini juga, termasuk kata yang digunakan sebagai gelaran. Contohnya:

Menteri Besar Datuk Bendahara
Duta Besar Timbalan Naib Canselor
Raja Permaisuri Profesor Diraja
Setiausaha Sulit Ketua Pustakawan
Penolong Penerbit Leftenan Jeneral

ii. Kata mjmuk juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah. Contohnya:
graf terarah titik buta
analisis teks parasit ekternal
mogok umum hukum alamiah
deria rasa medan sinaran
cari gali temu duga
telefon dail terus segi empat tepat

iii. Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa. Contohnya:

cakar ayam anak emas
lipas kudung bulan madu
ringan tulang manis mulut
buku lima tumbuk rusuk
pilih kasih berat tangan

Apakah maksud kata majmuk yang hanya memberi makna tertentu tidak menimbulkan ketaksaan?

Halaman 154

I. meN-. menjadi men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy, dan z serta perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s dan perkataan pinjaman yang mengandungi gugus konsonan yang bermula dengan huruf t dan s.

Terdapat dua kecualian pada bentuk kata dasar, iaitu ternak dan tertawa yang menerima awalan men- tanpa berlaku pengguguran.

ternak - menternak
tertawa - mentertawakan

II. meN- menjadi meng- apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf g, gh, kh, dan h (bunyi konsonan) dan a, e, i, o dan u (bunyi vokal). Seperti peng-, dan meng- juga hadir dengan perkataan pinjaman yang kata dasarnya bermula dengan huruf k, termasuk gugus konsonan yang bermula dengan huruf k. Contohnya :

gali - menggali
gulung - menggulung
ghairah - mengghairah
ghaib - mengghaibkan
khusus - mengkhususkan
khayal - mengkhayalkan

Macam mana nak tahu, awalan dan apitan? Kalau apitan, kenapa tak dimasukkan dalam kategori apitan, atau kata akar yang menerima awalan, dan kemudia akhiran???// Tak faham
hantar - menghantar
heret - mengheret
ambil - mengambil
alir - mengalir
ejek - mengejek
embun - mengembun
elak - mengelak
ikut - mengikut
ikat - mengikat
olah - mengolah
ulang - mengulang
ulit - mengulit.

Awalam mempeR- (halaman 177)

1. Awalam mempeR- juga awalam pembentuk kata kerja yang wujud dalam satu bentuk, iaitu memper-.
2. Dalam BM< bentuk ini biasa juga dirujuk dengan awalam per-.
3. Namun demikian, dalam ayat aktif per- tidak boleh wujud tanpa awalan meN- kecuali dalam ayat perintah.

Mengapa per- hanya boleh wujud dalam ayat perintah?

a) Aspek makna awalan memper-

I. Awalam memper-, apabila digabungkan dengan segelintir kata dasar daripada golongan kata nama, membentuk kata kerja yang membawa makna menjadikan sebagai maksud perbuatan dan sering membawa maksud kiasan, contohnya :
alat - memperalat
daya - memperdaya
kacang - memperkacang
budak - memperbudak
hamba - memperhamba

4. Kecualian daripada pola ini, dari segi makna, ialah bentuk memperisteri dan mempersuami dengan maksud menjadikan seseorang itu isteri atau suami.
5. Sebenarnya bentuk ini menerima apitan memper-...-i tetapi oleh sebab bentuk dasar perkataan tersebut berakhir dengan huruf i maka bentuk apitan memper-...-i digugurkan.

Bagaimana fenomena tersebut berlaku?

Hanya setakat ini dahulu sahaja persoalan yang cuba untuk saya kemukakan. Banyak lagi rujukan yang perlu saya lakukan untuk mendalami bahasa Melayu yang indah ini.

1 ulasan: